Nadi X Awareness (Safe: Perisian Merbahayai)
6 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Jun 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan taklimat NADI X Awareness iaitu Perisian Merbahayai atau lebih dikenali sebagai Malware. Taklimat ini telah disertai oleh 4 orang murid Sekolah Rendah. Perisian malware adalah istilah umum yang merangkumi sebarang program atau kod yang dicipta untuk mengancam pelbagai sistem. Perisian perosak boleh menyerang, merosakkan atau melumpuhkan sistem komputer, rangkaian, peranti mudah alih dan tablet. Terdapat 3 jenis perisian perosak iaitu, emel pishing, penipuan media sosial dan ransomware.
Ransomware dicipta untuk menyekat akses ke sistem komputer atau data sehingga tebusan dibayar. Ransomware ini juga boleh merebak melalui emel pishing, melayari laman web yang dijangkiti dan banyak lagi. Bagi mengelakkan kita semua ditipu oleh mereka, terdapat beberapa cara untuk melindungi daripada perisian perosak ini. Antaranya ialah, berhati-hati apabila ingin membuka e-mel terutama sekali e-mel yang kelihatan mencurigakan.
Seterusnya, elakkan untuk mengklik pautan dalam mesej teks, jangan berkongsi maklumat di media sosial dengan sewenang-wenangnya dan log keluar dari semua laman web setelah selesai. Oleh itu, kita hendaklah tahu cara untuk mengatasi perisian perosak ini supaya dapat membantu kita untuk melindungi kita, keluarga mahupun orang lain daripada kecurian identiti dan penipuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: